SIFAT PARA PENGHUNI SYURGA

Ali Imran: 3: 133 (Bahagian 2)


SIFAT PARA PENGHUNI SYURGA


Selanjutnya Allah SWT menyebutkan sifat para penghuni syurga, iaitu 


1- Orang yang mendermakan hartanya pada waktu lapang atau sempit, susah atau senang, suka atau terpaksa, dan sihat atau sakit. 


2- Selain itu jika marah, mereka mampu menahannya


3- Memberi maaf kepada orang-orang yang berbuat jahat kepadanya.


Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda "Orang yang kuat itu bukanlah yang mampu berkelahi, melainkan yang boleh menahan diri apabila marah," (Hadis Riwayat Ahmad)


Daripada Atiyyah bin Sa'ad r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya amarah itu bermula daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu dicipta daripada api, dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerananya, jika salah seorang di antara kalian marah, hendaklah dia berwuduk." (Hadis Riwayat Ahmad)


Dalam kitab Al Mustadrak, al-Hakim meriwayatkan daripada Ubadah bin Samit dan Ubay bin Ka'ab, Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang berhasrat dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, hendaklah dia memberi maaf kepada orang yang telah menzaliminya, memberi orang yang tidak mahu memberi kepadanya, dan menyambung tali silaturahim dengan orang yang memutuskannya," (Ibn Kasir, Tafsir Al Quranil 'Azim, Jilid 1, 1996:412)


-Tafsir Al Quranul Karim (ar Raudhah)-