Ummu Sibyan
??? ???? ?????? ??????
UMMU SIBYAN
Dia adalah jenis jin wanita yang suka memporakperandakan rumahtangga kita,mengunci nafsu isteri,membunuh bayi dalam kandungan, menaikkan nafsu lelaki sekaligus memanfaatkanya.
Wanita mengandung pula, Ummu Sibyan akan masuk ke dalam kandungan isteri,
kemudian menendang bayinya sehingga keguguran, menyumbat & mengunci/mengikat rahim isteri dengan tujuan tidak boleh mengandung/mandul dan tiada nafsu kepada suami.
Sebab Ummu Sibyan masuk ke rumah ada 2 cara,yaitu:
1. Masuk ketika waktu dekat nak maghrib,terutamanya cahaya matahari berwarna kemerahan/jingga.
2. Mengangkat jemuran pakaian selepas maghrib kerana mereka akan menjampi sihir,kemudian sihir itu menumpang di pakaian tersebut agar sihir itu dapat masuk ke rumah.
Jadi, tutuplah segala pintu rumah depan belakang dan segala tingkap/jendela sebelum bertemu waktu nak dekat Maghrib atau cahaya matahari berwarna kemerahan/jingga dan angkatlah kain jemuran sebelum waktu itu juga.
Tambahan lain,bersihkanlah debu² seperti habuk/sarang labah² di siling,dinding dan lain² kerana mereka membuat rumah mereka di sana dan beranak-pinak di sana..
Apabila tidak dicegah dan dibiarkan,
boleh membawa penyakit sehingga tahap kronik sepertu suka marah, benci membenci, tekanan jiwa/hati, malas beribadah, anak nakal/keras kepala dan lain².
Daripada sahabat Jabir radhiallahu’anhu, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Jika malam datang menjelang atau kalian berada menjelang maghrib maka tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana ketika itu syaitan sedang bertebaran.
Jika telah berlalu sesaat dari waktu malam,
maka biarkan mereka (jika ingin keluar). Tutuplah pintu dan berzikirlah kepada Allah,kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu yang tertutup.
Tutup pula bekas minuman dan makanan kalian walau sekadar dengan meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu² kalian.”
(Sahih HR Bukhari & Muslim)