SABAR
SABAR ITU ..
Bila hati dalam kesakitan,
Namun bibir masih mengukir senyuman.
SABAR ITU ..
Bila diri tak dihargai dan tak dilayan,
Namun masih tetap buat yang terbaik.
SABAR ITU ..
Bila dia menangis di malam hari,
Namun keesokan pagi dia nampak macam biasa.
SABAR ITU ..
Bila dia kekal bertahan,
Walaupun sebenarnya dia dah tak tahan.
SABAR ITU ..
Bila dia menjaga hati orang lain,
Sehingga terlupa akan hati sendiri.
SABAR ITU ..
Bila dia seringkali dilukai,
Namun dia sentiasa rawat sendiri.
SABAR ITU ..
Bila hidup tak seindah yang dibayangkan,
Namun dia tetap teruskan kehidupannya.
SABAR ITU ..
Bila doanya belum dimakbulkan Tuhan,
Namun dia tak putus asa untuk berdoa.
WALAUPUN ..
Bersabar itu berat, sungguh beruntunglah orang yang sentiasa bersabar.
KERANA ..
Sesungguhnya ada sesuatu yang begitu indah di sebalik kesabaran.
'Sabar itu seperti namanya pahit rasanya, namun akhirnya lebih manis daripada madu'.
Alhamdulillah ??